Setiap hari dihidangkan dengan pelbagai permasalahan akhlak remaja, sama ada di alam maya mahupun persekitaran, permasalahannya tetap sama. Masalah akhlak yang kian membimbangkan.
Menurut Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi, jenayah paling besar yang melanda umat islam kini ialah pembaziran masa. Ramai remaja yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam melayari FACEBOOK, TWITTER, INTERNET dan sebagainya. Mereka sanggup membazirkan masa yang panjang dihadapan komputer. Persoalannya, adakah mereka sanggup berlama-lama mengadap Allah dan membaca Al-Quran?
REMAJA ISLAM SEBENAR
Ayuh! Dekatilah sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan. Kita mampu berubah dan mengubah. Nasib umat Islam akan datang bergantung pada tindakan kita pada hari ini. Ayuh kita bersama-sama mencari penawarnya. Apa penawarnya? Mari kita lihat penawar untuk melahirkan generasi remaja Islam yang hebat!
1. MEMPERKASAKAN SOLAT
Memperkasakan solat bagaimana? Perbaikilah mutunya, perbetulkan tajwidnya dan fahami setiap sebutan dalam solat.
2. MENCINTAI MAJLIS ILMU
Luangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Majlis ilmu dapat melembutkan hati dan jiwa yang keras daripada mendengar nasihat dan melakukan kebaikan. Beruntungnya seseorg itu apabila ia dpt mengamalkan dan memanfaatkan segala ilmu yg diperoleh daripada majlis ilmu tersebut.3. MEMANFAATKAN MASA
Masa remaja itu sekali dan tidak akan kembali. Manfaatkan masa muda dengan mencari ilmu untuk diisi dalam dada sebagai bekalan hari tua. Ilmu akan membawa diri mencintai Allah.
Kita mengharapkan suatu anjakan paradigma untuk mengubah ummah pada masa kini. Kita mahu menjadi generasi yang terdidik dan terpimpin. Kita tidak mahu menjadi remaja yang mudah dikotak-katikkan dengan dosa. Kita merupakan pewaris generasi Islam yang terbilang. Kita mampu melakukannya. AYUH BANGKIT PEMUDA ISLAM!



No comments:
Post a Comment