Saturday, 8 June 2013
CUIT MOTIVASI : Berebut Kasut
Dalam satu sesi motivasi, setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli dikehendaki untuk melantik seorang ketua. Mereka diarahakan membuat satu bulatan. Ketua berada di tengah-tengah.
Arahan diberikan: "Kamu perlu merampas kasut ketua kamu. Ketua kumpulan pula perlu mempertahankan kasut. Ingat, ketua kumpulan tidak boleh keluar daripada bualatan tersebut."
Sebaik sahaja wisel ditiup, semua peserta memulakan misi. Pelbagai gaya dan cara mereka lakukan untuk cuba mendapatkan kasut ketua mereka.
Ketua kumpulan pula bersungguh-sungguh mempertahankan kasunya daripada dirampas. Gegak gempita suasana saling berebut dan mempertahankan.
Selepas 5 minit, wisel dibunyikan. Setiap kumpulan diperiksa.
"Kenapa kamu tidak berjaya menjaga kasut?" Pakar motivasi bertanya kepada salah seorang ketua kumpulan.
"Saya seorang melawan 9 orang, mana boleh menang." jawabnya.
"Bagaimana kamu berjaya mempertahankan kasut kamu dirampas?" Tanyanya kepada ketua kumpulan 2.
"Walaupun sembilan lawan satu, tidak mustahil yang satu menang. Jadi saya berusaha sekuat tenaga untuk mempertahankan kasut saya."
"Dua-dua salah!" Pakar motivasi yang mengendalikan sesi latihan itu berteriak.
"Kenapa?" Salah seorang peserta bertanya.
"Untuk mencapai misi tugasan yang saya berikan, ketua dan ahli kumpulan perlu bekerjasama dengan bijak. Tidak semestinya perlu berebut-rebut. Mungki ahli kumpulan boleh meminta kasut ketua kamu dengan cara baik, Ketua kumpulan pula menyerahkan kasut dengan rela. Ahli kumpulan pula jika melihat ketua kamu berkaki ayam, boleh memberikan kasut salah seorang kamu. Maknanya kamu hanya perlu menukar kasut dalam suasana yang aman." Pakar motivasi itu menerangkan.
PENGAJARAN: Melantik pemipmpin boleh dilaksana secara aman jika semua pihak tidak memudahkan kepentingan diri bahkan mengutamakan khidmat mereka untuk kebaikan orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment